Ahad, 21 April 2013

untuk siapa?

cuba renung balik diri.
cuba tanya balik hati.
hidup ni sebenarnya untuk siapa?
mati pulak?

Ya Allah.. hampir 19 tahun aku hidup..
alpa. leka. lupa.
mana janji depan TuhanMu?
satu masa dulu.

aku sedar aku alpa. masyaAllah susahnya yang bernama perubahan.
aku sedar aku leka. astaghfirullah nikmatnya yang bernama kelalaian.
aku sedar aku lupa. subhanallah di kala itu ada peringatan.



tapi bilamana kelalaian tu jengah kembali..
Tuhan, pedihnya yang bernama kecekalan.
setiap kali ada azam, selalu, hilang dibawa angin.

sampai bila echa?
sampai mana echa?

aku tak ada jawapan..
Ya Allah kuatkan hati hambaMu.
moga suatu hari, yang bernama keinsafan.. sudi mendiami hati ini.
semoga. "suatu hari" itu.
bukan esok. bukan lusa.
semoga "suatu hari" itu..
datang sekelip mata.
aku pinta ya Allah. dalam redhaMu. untuk redhaMu.

:'(




Sabtu, 9 Mac 2013

dari mata turun ke hati?

amboi tajuk tu mak jemah, dari mata turun ke hati gituu. haha. bukan apa lah. just, orang kata, dari mata turun ke hati. habis tu, dari hati, turun ke mana? haha ntahlah~

betul ke ada jatuh cinta pandang pertama? err. aku percaya. tapi kalau jatuh cinta pandang pertama tu, bukankah superficial love semata mata? cinta berdasarkan paras rupa. and how long will it last? and strong can it be? itu persoalannya. 



err. ntahlah tapi aku rasa aku tengah crush kat sorang nih. haha boleh dikategorikan jatuh cinta pandang pertama kott wiuwiu. tapi tahap aku ni aku rasa bukanlah cinta namanya. aku kan selalu crush kat orang sangat easily. lol echa. tapi kali ni, lainnnn. tau kenapa? sebab aku crush dengan dia, tanpa nampak muka dia pun. tanpa tau macamana rupa dia. haha pelik kannn. well that's it.




aku bagi nama kat dia, EM. should be nak ringkas lagi, M, dari M tu lah aku modify jadi EM so that bila aku tweet or apa takdalah dia tau aku bercakap pasal dia haha. cerita dia ceni. ada time tu, kawan aku kirah ni nak pi amek henfon dia, ada kat si em ni. pastu dia pun turun lah. then floo cakap weh jom usha em jom usha em. aku waktu tu tak mengenali pun siapa em tu, tak tau pun kewujudan dia. so kami bukaklah langsir side meja study aku tu berserta tingkapnya sekali luas luas. usha kat parking lot. pastu em ni pun sampai pastu dia turun dari kereta. aku pun nampak lah dia. tapii masalahnya, aku kan rabun. haha so aku cuma nampak dia tapi tak nampak muka diaa.

anis si rumet ni pun cakap "weh hensem doe hensem." aku tak nampak punn. tapi sebab saja nak berebut dengan anis, aku pun kata lah, ahh em aku punyaa. takleh takleh. jangan kacau line. pastu flo terus kata, aku nak bgtau ikki. ikki ni housemate em. aku kenal lah ikki ni. pastu floo bagitau betul betul. pastu ikki siap mention si em ni kat tweet aku. dari situ lah aku start berkenalan dengan em nihh. haha. 



soo. macam tu lah cerita dia macamana aku kenal si em nih. benda mula dengan main main gila. langsung tak serius takdak niat pun. tapi dah jadi kann haha. yang nadiah pulak, memang lama lagi dah crush ngan em nih. so apa lagi, aku dengan dia bajet lah berebut apa semua. siap panggil satu sama lain madu.yang bestnya, selalu bersatu pulak tu. haha memang kirim salam lah nak ada madu macam tuu -__-




yang em ni pulak, memang dah tau pun cerita aku dengan nadiah konon madu apa semua nya berebut dia . haha tebal muka siotttt. ni si syakirah ah ni, pi cerita. malu tauuu dakk. nanti apa pulak em fikir pasal aku. tapi nasib baik dia sporting. kirah cakap dia sengih sengih jaa time dengar tu. em ni jenis sempoi sikit, bengong bengong centu haha. 


so tu lah kisah crush aku di kala ini. esok lusa taktau lah nak crush kat sapa pulak kann, tapi for the time being. hahai em, aku crush dengan kau nii hahaha kbai.


Khamis, 21 Februari 2013

godai little echa !

again and again.
aku suka biar blog nih terbongkang terlentang berbulan bulan tanpa apa apa update. haha PEMALAS. pemalas echa is pemalas. nak menaip pun malas. PONDAN! echa pondan ! takpa takpa sila menaip dengan perasaan tenang :3

okaylah, setelah sekian lama, entry kali ni nak tulis pasal WELCOME 2013 yeayyyyy piupiupiuu *bunyi bunga api* (okay padahal nak masuk bulan tiga dah pun ( ._.) hahaha hado aku kesah ) 

masuknya tahun ini, menandakan bakal tinggal satu lagi jaa tahun ada "belas" dekat umur aku. dah 19 weii tahun nii -__- *seret muka atas tar* .  

sedar tak sedar. dah setahun aku kat utp. dah belajar banyak benda. dah faham, dah tahu, dah bukak mata sikit pasal dunia. *o* . semua tu ajar aku aku pasal hidup. ada macam ni -> :) , ada yang -> :( , selalu jaa -> <( _ _ *)> , yang ni pulak -> ~(*+_+*)~ (gila) tak payah tanya lahh haha. emosi tak pernahnya kata nak stabil. remaja lahh katakann~

sebabbbb, tu lah hidup :) . grow up, echa, grow up. belajar dan membesar. aku tahu aku tak pernah matang. susah nak jadi matang (~_~" ) . sangat susah. huu tapi sebab tu lah kita kena belajar. walaupun aku tak pernah mempamerkan matang aku tuu, tapi sebenarnyaa jauh di sudut hati aku ni, bukan tak pernah terfikir. "bila nak matang, cha?" "kenapa macam budak budak sangat ni?" "tak terfikir nak jadi dewasa sikit ka?" "oh demm, membesar chaa, membesar" but thenn, dalam hati ja lahh. back to the normal world. immatured echa 
is immatured -___-



but then, its okay. se tak matang matang aku nii, ada waktu, aku kena jugak jadi matang. and when that part of me is out, lepas tu aku sendiri yang terfikir "is that really me? sooo, ada secebis kematangan lagi dalam diri ini? ohmaii :O " haha but then i realized. you are not THAT immatured, you just chose to be who you are. yes, i am. that is me. aku pilih untuk tak tunjuk kematangan aku. but when it is the time, i take it out. 




andd. when i am talking about the matured-immatured thingy like now, i was like "damn, that was a very matured part of you chaa, talking about maturity hewhew :3"

its okay echa, time will show it all. suatu hari nanti kau akan betul betul faham tentang apa tu hidup. aku rasa kann, aku nak jadikan blog ni sebagai tempat mengasah kematangan aku. oyeahh *so much win* \(*^*)/

aku nak post banyaakkk lagi kata kata kat sini tapi bukan dalam entry ni lahh. so next time kita jumpa lagi. mohon sesapa ketuk kepala aku tiap tiap minggu suruh update belog haha. sapa kata tak post entry baru berkurun kurun tu malas haa? siapa kata siapa kata? sebenarnya aku bizi bertapa mencari ilham haaa. 

so sekian saja lah membebel aku untuk hari ini. chowww (^.^)/